01.7.2010

Bagaimana bila dah banyak saingan?

bisnes gigitApabila sudah ramai yang menceburi bidang bisnes, maka secara tak langsung sudah semestinya jenis bisnes yang kita sedang lakukan itu juga mempunyai saingan atau pasti ada penambahan walau sedikit. Saingan dalam bisnes ni sebenarnya bagus, tetapi perlulah kita bijak dalam persaingan ini agar kita tidak ketinggalan terus atau mengalami kerugian. Dengan ada saingan ini juga akan membuatkan kita lebih bekerja keras, membuat sesuatu dengan lebih bijak dan menambah baikkan perkhidmatan atau produk kita. Ada yang membuat bisnes hanya ikut-ikut atau tiru-tiru, biasanya golongan seperti ini adalah golongan follower.

Jadi apakah pula cara untuk jadi seorang yang diikuti? Anda, saya pasti sudah pernah meminum air berkarbonat dari Coca Cola bukan? Coca Cola adalah peneraju terbesar dalam bidang perniagaan minuman dengan niche nya air berkarbonat berperisa Cola. Kita sudah semestinya sukar untuk menolak atau menumbangkan GERGASI  ini jika kita ingin mengusahakan minuman berperisa Cola juga. Jadi apa yang kita perlu lakukan? Cuma sedikit kreativiti atau boleh juga membuat suatu inovasi dari produk yang dah ada, atau timbulkan kelainan apabila dah ada produk dan saingan bisnes asal sudah ada atau melakukan suatu keunikan berkenaan produk, perkhidmatan atau pun cara anda mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan anda.

Buat sesuatu tu menarik atau lain dari yang lain dan dengan itu akan membuatkan produk/perkhidmatan anda akan lebih diberi perhatian dan sentiasa diingati juga sebagai peneraju pembaharuan. :)

01.5.2010

Rahsia Tarikh Lahir

Baru-baru ini saya membeli buku berkenaan Misteri Tarikh Lahir. Mulanya saya tidak bercadang untuk mengetahui berkenaan dengannya kerana saya yakin dengan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah untuk saya. Tetapi saya berfikir semula kerana itu adalah ilmu. Satu cabang ilmu yang saya perlu tahu agar saya sentiasa tidak bersalah anggap akan sesuatu perkara. Akhirnya saya membeli dan menganggap walau apa pun jua yang di putuskan atau yang diungkapkan dalam buku berkenaan adalah semata-mata kajian yang tersirat di sebalik ilmu Allah kepada umat manusia dan saya tidak boleh mempercayai bulat-bulat kerana itu bukan sumber dari Al-Quran.

tarikhbaby

Cuma saya menerimanya sebagai kajian dan jika terdapat persamaan itu adalah kerana kebetulan dan kajian manusia. Itulah ilmu yang Allah berikan untuk manusia untuk menyingkap segala yang tersirat.  Kepada rakan-rakan, anda boleh mendapatkan buku ini sebagai ilmu, kajian dan jalan untuk mencipta kerjaya sesuai tetapi ia hanya sebagai panduan dan kita sendiri patut menilai kesahihan atau kebetulan yang terdapat dek kajian sebenar manusia. Buku ini tidak salah jika kita dapat menilainya dan sentiasa berusaha.

Kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa agar tercapai segala apa yang kita inginkan. Dan saya ingin mengingatkan kepada muslim yang lain juga kepada saya agar tidak mempercayai lebih dari yang Allah tentukan untuk kita. Berusaha, berusaha, berusaha, solat istikhorah, solat hajat dan berdoa selalu. Buku ini sekadar membantu sahaja mana yang kita rasakan betul kerana ia sumber kajian manusia semata-mata.

Dalam buku itu saya lihat dan mengira sendiri, memang hampir menyamai apa yang saya buat sekarang. Saya tersenyum sendiri kerana yang lebih menyenangkan apabila dalamnya tertulis kejayaan buat bisnes saya.. Tak percaya cuba kira, sebab itu saya tidak menyembunyikan tarikh lahir saya dalam akaun FB saya.. :)

Tetapi saya tidak mahu leka dengan hasil positif dari buku berkenaan kerana saya mesti terus berusaha agar matlamat perniagaan tidak tersasar!

01.1.2010

Tertunaikah Azam Untuk Tahun Baru?

2010Salam sejahtera dan salam ceria di tahun baru yang hebat!

Saya pasti ramai blogger menulis artikel yang sama iaitu artikel berkenaan tahun baru hari ini 01 January 2010. Pasti ada diantara kita masih tersilap untuk menulis tahun kerana sudah terbiasa menulis angka 2009. Tetapi adakah anda perasan, masih ramai diantara kita yang masih terbiasa dengan perangai, tabiat atau sikap yang sama walau telah bertekad untuk berubah atau membuat azam baru setiap tahun?

Perkara ini juga telah dipengaruhi minda separa sedar kita kerana apa? Kerana kita berazam setiap tahun tetapi tiada tindakan dan sikap yang bersungguh-sungguh untuk mengubahnya kerana hanya melafazkan hanya di bibir sahaja. Jadi secara tidak disedari kita akan melakukan perkara yang biasa sahaja kita lakukan setiap tahun. Ada beberapa tips untuk anda tidak terlepas dari melakukan azam anda. Lihat dibawah ini:

  1. Tulis didalam diary anda berkenaan apa yang anda inginkan untuk perubahan pada tahun ini. Kalau takde lagi pi beli daaa..
  2. Tulis di atas sekeping kertas. Tulislah dengan perkataan yang besar. Kalau boleh tulis dengan Magic Pen yang berwarna terang dan jelas. Kerana, kita akan mudah nampak dan mudah ingat jika warna yang kita gunakan itu menarik perhatian kita. Tampalkan azam atau matlamat kita itu pada tempat yang sering kita kunjungi dalam rumah kita (atau pejabat kalau dibenarkanlah). Tuliskan dengan lebih spesifik pada waktu bila matlamat itu akan tercapai.
  3. Memberitahu rakan baik anda yang boleh dipercayai berkenaan azam atau matlamat anda yang anda ingin lakukan. Cara ini akan membuatkan anda lebih bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana anda telah memberitahu orang lain.. “Kalu tak buat malu aku..”
  4. Positifkan minda anda, bertindak dan buat rancangan yang khusus untuk mendapatkannya.

Jadi itulah sahaja antara tips yang sempat saya tuliskan untuk permulaan tahun yang hebat ini. Harap ianya dapat membantu. :)

12.29.2009

Cacatan Bisnes ke Kuala Lumpur

Pada 24hb December 2009, saya bertolak ke Nilai rumah adik. Esoknya ke KL bagi meninjau keadaan bisnes disana dan juga membeli belah (beli dan terus belah..Kalu lagi lama kat kedai tu lagi parah, duit ditarah..)

Apa yang saya perhatikan selama 3 hari meninjau disana terdapat beberapa teknik jualan, samada baru atau yang telah saya huraikan dalam post di blog ini. Ada juga yang langsung tak menunjukkan teknik jualan membuatkannya tiada tarikan langsung ke situ. Sekali lagi ingin saya kongsikan cara jualan penambat jiwa sekali dengan saya terjebak.. Oh! (Memang saya perlu pun barang tu.. :) )

k0125727

So, teknik apa yang saya jumpa semasa disana? Banyak sebenarnya antaranya adalah:

  1. Cara mereka mempamerkan keseronokan terhadap produk,
  2. Menunjukkan ciri-ciri produk serta kelebihannya.
  3. Demonstrasi untuk menampakkan kelebihan produk,
  4. Kaedah meletakkan iklan serta promosi dianggota badan,
  5. Produk yang kreatif dan inovatif,
  6. Mesra dan ramah,
  7. Kaedah mencuba dahulu secara percuma,
  8. Konsep Teaser –Membuatkan bakal pelanggan tertanya-tanya dan tertarik.
  9. Membuka harga promosi hujung minggu/ cuti umum
  10. Dan banyak lagi sebenarnya.

Cuba aplikasikan pula ciri-ciri ini pada perniagaan anda pula, bagaimana? :)

12.21.2009

Minat atau Bakat. Mana Lebih Penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakanku sekelian,

Untuk memperolehi idea bisnes yang terbaik untuk kita, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian agar matlamat untuk kejayaan itu lebih mudah tercapai. Saya pernah berguru dengan banyak Sifu-sifu perniagaan ini. Sifu saya yang pertama seorang jutawan, pakar kewangan dan mempunyai syarikat penerbitan buku terutama buku-buku motivasi bisnes iaitu True Wealth, siapa lagi kalau bukan Azizi Ali.

lahirnya seorang jutawanAzizi Ali menekankan pentingnya minat yang ada pada diri untuk menjana idea memulakan sesuatu bisnes. Memanglah seseorang yang suka berniaga ia mempunyai minat berniaga. Tetapi yang lebih penting jika kita minat pada sesuatu itu yang boleh menjana idea berniaga. Contoh, jika kita minat memasak, kenapa tidak kita buka sahaja perniagaan Catering? Kerana jika kita minat pada bidang itu akan membuatkan kita akan sentiasa berusaha dan bersemangat untuk meneruskan bisnes tersebut. Peluang kejayaan akan jadi lebih cerah.

bkhiduptenangBerbeza dengan Mentor saya, seorang penulis buku-buku kejayaan, Jurulatih dan motivator yang semakin dikenali ramai iaitu Tuan Shamsuddin Abdul Kadir. Beliau berkata, dengan bakat yang ada pada setiap diri seseorang itu akan menghasilkan kejayaan dalam bidang bisnes. Sebagai contoh, jika kita mempunyai minat melukis tetapi kita tiada bakat untuk melukis akhirnya kita pasti jemu dan berputus asa untuk meneruskan minat kita kerana hasilnya selalu tidak menjadi… “Hmm… betul juga..” bisik hati saya.

Akhirnya saya merumuskan tidak semua bisnes boleh dijalankan hanya kerana minat semata-mata manakala tidak semua bisnes juga boleh di teruskan dengan hanya bakat sahaja. Ada 2 keadaan dimana kita hanya boleh meneruskan bisnes hanya dengan minat atau pun hanya dengan bakat. Dengan minat, jika kita tiada bakat akan dapat dipupuk dengan belajar untuk kemahirannya. Malah jika anda dapat mengesan bakat anda itu boleh jadi anda akan jadi minat untuk menjadikannya suatu bisnes yang berjaya.

Tapi yang lebih baik adalah jika kita dapat kedua-duanya sekali! :)

P/s : Sebenarnya banyak lagi kaedah atau cara untuk kita menjana idea melalui kelebihan diri kita. Ia akan di dedahkan denga lebih terperinci pada masa seminar Bisnes SOHO yang akan saya jalankan nanti.

12.17.2009

Uji Cuba

cuba ketaUji cuba adalah salah satu strategi bisnes. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan terutama kepada sesuatu produk yang masih baru. Ia juga bertujuan untuk melariskan jualan. Di sini saya sertakan 2 contoh penggunaan uji cuba dalam bisnes. Saya akan memberikan contoh berkenaan penjualan produk dan juga perkhidmatan. Apa yang saya hendak kongsi adalah 2 kisah pengalaman saya berkenaan penggunaan uji cuba dan apa yang dimaksudkan dengan uji cuba itu.

Ibu saya memang minat berniaga. Tetapi strategi perniagaan banyak yang belum diketahui olehnya. Ibu saya memang pandai membuat kuih dan memasak. Ada satu resepi membuat kuah rojak yang sememangnya enak yang ibu saya itu ingin cuba menjualkannya. Tetapi saya telah memintanya kali ini untuk membuat kuah rojak bukan untuk dijual tetapi adalah untuk disedekahkan atau diberi dengan percuma kepada rakan-rakan terdekat. Mulanya ibu saya tidak begitu bersetuju tetapi saya memujuknya agar mencubanya dahulu. Hasilnya selepas itu lebih mudah untuk menghasilkan jualan dimana bagi mereka yang pernah merasa keenakan kuah rojak ibu saya itu telah membuat tempahan.

cat dindingContoh yang ke-2 adalah di mana seseorang yang mengusahakan perkhidmatan membuat corak dinding rumah. Pada awalnya beliau memohon tuan rumah untuk menunjukkan kecantikkan penghasilan corak dinding yang akan dilakukan dengan ‘percuma’ sahaja sebahagian dinding dalam rumah. Hasil kesudahannya memang cantik dipandang apabila sebahagian dinding itu selesai dicorakkan.

Apa yang berlaku selepas itu beliau, (pengusaha khidmat cat corak dinding)telah memulakan pendekatan psikologi dengan menyatakan harga yang berpatutan apabila disiapkan keseluruhan pula dinding dalam rumah dan memujuk tuan rumah adalah lebih elok corak itu diwarnakan keseluruhan dinding dalam rumah. Corak yang dihasilkan sememangnya cantik dan indah dipandang lebih-lebih lagi jika dapat dicat keseluruhannya. Kisah ini berlaku pada kedua ibu bapa saya. Jika anda berada di dalam situasi sedemikian, apakah tindakan anda? Yang bestnya adalah anak-anak telah dipujuk pula oleh ibu bapa agar dapat membayar upah cat tersebut. Huhuhu… Adusss…

Strategi untuk kedua-dua diatas adalah contoh uji cuba iaitu dengan memberikan percuma rasa walaupun sedikit. Sebenarnya ia tidak merugikan!

12.15.2009

Bootstrap

tabung duitApakah yang dinamakan Bootstrap? Bagi sebilangan dari anda sudah sedia maklum akan maksud bootstrap dalam perniagaan. Bootstrap adalah modal kecil-kecilan dari simpanan atau wang sendiri tanpa meminjam dari sesiapa mahu pun institusi kewangan lain. Ramai dari kalangan kita ingin memulakan perniagaan tetapi sering mengeluh dan merungut.. “Alamak nak berniaga modal pulak takde.. mana nak cekau nih? Macam mana nak buat pinjaman dari bank ye?” Akhirnya hasrat ingin berniaga turut terkubur bersama niat kejayaan..

Terdapat banyak cara untuk kita memulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman. (Sesekali jangan terlibat dengan ceti haram.. Namanya pun dah ada haram, so.. jangan buat pasal.. ) Banyak idea dapat dibuat malah modal perniagaan yang hanya bermula kurang dari RM100 pun ada. Tidak semestinya modal besar keuntungan pun besar. Dan tidak semestinya modal kecil keuntungan pun turut kecil. Yang penting kita bermula dengan jalan yang selamat. Saya kalau nak cerita pasal modal besar, kecil atau tak payah langsung ni agak panjang jika ingin di muatkan ke dalam blog ini. Yang perlu untuk kita buat adalah mencari idea dan banyakkan bertanya ke atau membaca..

p/s : Alhamdulillah, saya sendiri memulakan perniagaan pun tidak pernah menggunakan modal dari pinjaman mana-mana pihak. Modal saya hanyalah dari wang yang saya simpan dan memulakan bisnes dengan modal yang sangat kecil.

p/p/s : Saya akan bincangkan dengan lebih panjang lebar dalam seminar saya bulan January 2010 ini nanti. Lagi senang nak faham.. InsyaAllah…

12.15.2009

MLM (Multy Level Marketing)

mlmTerdapat pelbagai bisnes di dunia ini. Apabila kekuatan bagaimana untuk menjana pendapatan itu ada dalam diri seseorang, maka mereka akan kreatif untuk menghasilkan pendapatan atau bisnes baru. Tetapi walau bagaimana pun, ramai yang ingin membuka sesuatu bisnes namun yang jadi penghalangnya adalah modal. Untuk menjalankan bisnes, anda mesti kena sediakan modal, baru boleh bisnes!

Tetapi tahukah anda berapa banyak modal yang di perlukan untuk menjalankan bisnes itu? Ia bergantung kepada bisnes apa yang anda ingin jalankan. Tetapi masih lagi terdapat masalah bagaimana pula untuk dapatkan modal itu? Untuk mendapatkan atau untuk menghasilkan modal itu pula ada pelbagai cara. Tahukah saudara, untuk menjalankan bisnes itu tak semestinya anda perlukan modal yang besar! Ada juga modal yang kecil dan ada juga membuat bisnes tanpa modal!  Huh! camner tu ye…?

Macam-macam cara anda boleh lakukan tapi perkara ini akan saya bincangkan untuk post yang akan datang. Di sini saya ingin bincangkan bagaimana dengan hanya modal yang sangat kecil anda mampu menjadi Jutawan atau kaya raya. Ramai yang telah membuktikannya. Ya, iaitu dengan menceburi bisnes MLM atau bisnes Pemasaran Pelbagai Tingkat. Huraian untuk bisnes MLM ini juga amat meluas.

Pecahan dari MLM ini adalah SLM (Single Level Marketing), Reseller Programme, juga dijadikan Spillover, boleh jadi Direct Selling dan banyak lagi selagi mereka kreatif atau inovatif mencipta pelbagai kaedah untuk menghasilkan wang.

Tetapi bisnes MLM ini jika anda ingin ceburinya anda perlu untuk membuat sedikit kajian berkenaan syarikat yang ingin anda sertai. Adakah ia sebuah syarikat yang kukuh atau sebaliknya? Kemudian ciri-ciri yang ada dalam diri anda perlu ada yang pertama, kena ada minat yang mendalam, bukan sahaja dengar sahaja pujukan dari orang anda terus join jadi ahli, tanya pada diri adakah saya benar-benar minat? Jangan melihat kejayaan orang lain anda timbul untuk cuba minat. Pasti anda akan ada di pertengahan jalan, rugi wang, rugi masa anda selama ini, akhirnya anda tak kemana.

Yang ke-2 kena ada kesungguhan berterusan dan tanpa jemu. Yang ke-3 perlu banyak menimba ilmu untuk teknik bisnes MLM, pelan pemasaran syarikat tersebut dan juga mengetahui lebih mendalam produk syarikat yang anda ceburi (kebaikannya dan tak lupa kelemahannya).Yang ke-4 perlu ada perancangan dan strategi serta siapkan senarai siapa prospek anda. Yang ke-5 adalah komitmen. Berfikir masak-masak sebelum anda sertai sesebuah syarikat MLM kerana inilah penentu kejayaan anda. Yang ke-6, adakah anda berfikir anda mampu untuk terus konsisten? Konsisten dari segi masa, usaha, kejayaan dan lain-lain? Seterusnya yang ke-7, promosi, promosi, promosi dengan mengiklan juga… sama seperti bisnes yang lain.

Berfikir dan nilai dahulu diri anda dan kemungkinan masa yang akan berlaku pada masa akan datang. Membuat sedikit kajian berkenaan MLM dan syarikat yang anda ingin ceburi sangat digalakkan. Anda perlu bersedia dengan diri anda sebelum memberikan modal untuk keahlian lebih-lebih lagi ia melibatkan jumlah wang yang banyak. Saya bukanlah seorang yang berfikiran negatif atau tiada semangat mencuba, tetapi saya sebenarnya meminta anda berfikir semasak-masaknya perkara yang telah saya beritahu agar tidak ada pembaziran wang, masa dan tenaga anda.

Itu adalah ringkasan untuk bisnes MLM yang hanya bermodalkan jumlah modal yang kecil sahaja.  (Berhati-hati untuk modalkan keahlian yang bermula RM500-1000 ke atas). Jika yang saya senaraikan diatas itu tadi anda percaya anda dapat atasi, persilakan untuk membina pendapatan anda menerusi bisnes MLM! -Yang best tu anda boleh melakukannya secara sambilan sahaja seterusnya anda boleh berjaya!

mlm tulis

p/s: Walaupun ramai yang telah menjadi jutawan, saya sudah serik untuk join MLM sebab baru saya tahu saya tidak minat dengan bisnes ini. :)

p/p/s: Berhati-hati juga kepada up-line yang tidak jujur. Kerana orang yang seperti ini yang akan menyebabkan anda berada di takuk yang sama walau anda berusaha sebaik mungkin.

12.14.2009

Melayu, Malaysia dan Perniagaan?

DJ sisiKenapa tajuk saya diatas ‘Melayu Malaysia dan Perniagaan? Kenapa tidak tulis Melayu sahaja? So, Jadi, tak perlu ada perkataan Malaysia, sebab bila disebut melayu bukankah melambangkan Malaysia? Hoho… Jika anda dalami maksud perkataan melayu Malaysia sebenarnya maksud itu mendalam dan bermacam maksud dapat di huraikan. Bangsa Melayu ni terdapat di mana-mana di seluruh pelosok dunia dan paling ramai adalah di Indonesia dan Malaysia yang merupakan bangsa peribumi masyarakat di sini.

Bangsa Melayu jika ikut sejarah adalah satu bangsa yang hebat dan bangsa yang suka berlayar. Saya berasa bangga menjadi seorang melayu (tak kiralah Jawa, Banjar, Bugis, Bauyan, Minangkabau dan sebagainya) sebab jika di teliti sejarah, orang Eropah pun sudah mengenali bangsa Melayu kerana orang melayu yang pertama mengelilingi dunia bersama Magellan adalah Panglima Awang yang digelar Enrique atau Henry The Black! Laksmana Hang Tuah juga telah sampai ke negara China dan Afrika. Kini Kegemilangan orang melayu hanya terdapat dalam lipatan sejarah. Walau saya akui telah ramai orang melayu yang berjaya dalam bisnes(walau jika ikut peratusan masih belum boleh dibanggakan lagi) tapi ramai juga yang telah hilang ‘kemelayuannya’-(hehe…sendiri mau ingatlah…)

bumi emasYang sedihnya maksud sebenar apa yang diucap oleh Datuk Laksmana Hang Tuah bahawa ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ ini menggambarkan orang melayu takkan kalah dalam apa jua peperangan, jadi orang melayu takkan hilang di atas muka bumi ini? Atau agama, bahasa, adat dan kebudayaan orang melayu itu takkan pupus? Bagaimana untuk memperkasa orang meayu semula? Mungkin kita perlu didik semula anak-anak Melayu dengan agama, adat, kebudayaan dan akan perihal perniagaan. Perkara ini perlu sentiasa di motivasikan agar orang melayu sentiasa mempunyai semangat untuk bersaing dan mendahului, barulah bangsa melayu ini akan dipandang dan dihormati di seluruh dunia!

Berikut saya berikan susur galur orang melayu yang serumpun dengan kita iaitu di Indonesia:

(Artikel di bawah ini diambil dari www.e-dukasi.net)

Jenis Bangsa Prasejarah Indonesia
Dengan adanya migrasi/perpindahan bangsa dari daratan Asia ke Indonesia, maka pada zaman prasejarah di Kepulauan Indonesia ternyata sudah dihuni oleh berbagai bangsa yang terdiri dari:

  1. Bangsa Melanisia/Papua Melanosoide yang merupakan Ras Negroid memiliki ciri-ciri antara lain: kulit kehitam-hitaman, badan kekar, rambut keriting, mulut lebar dan hidung mancung. Bangsa ini sampai sekarang masih terdapat sisa-sisa keturunannya seperti Suku Sakai/Siak di Riau, dan suku-suku bangsa Papua Melanosoide yang mendiami Pulau Irian dan pulau-pulau Melanesia.
  2. Bangsa Melayu Tua/Proto Melayu yang merupakan ras Malayan Mongoloid memiliki ciri-ciri antara lain: Kulit sawo matang, rambut lurus, badan tinggi ramping, bentuk mulut dan hidung sedang. Yang termasuk keturunan bangsa ini adalah Suku Toraja (Sulawesi Selatan), Suku Sasak (Pulau Lombok), Suku Dayak (Kalimantan Tengah), Suku Nias (Pantai Barat Sumatera) dan Suku Batak (Sumatera Utara) serta Suku Kubu (Sumatera Selatan).
  3. Bangsa Melayu Muda/Deutro Melayu yang merupakan rasa Malayan Mongoloid sama dengan bangsa Melayu Tua, sehingga memiliki ciri-ciri yang sama. Bangsa ini berkembang menjadi Suku Aceh, Minangkabau (Sumatera Barat), Suku Jawa, Suku Bali, Suku Bugis dan Makasar di Sulawesi dan sebagainya.

Demikianlah uraian materi tentang jenis bangsa prasejarah Indonesia. Maka untuk mengetahui sejauh mana pemahaman Anda, silahkan pelajari ikhtisar berikut ini.

(Maaf, tidak dapat di masukkan disini akibat fungsi yang terhad)

Dengan berakhirnya uraian materi tersebut di atas, maka Anda diperkenankan untuk mengerjakan latihan soal pada akhir kegiatan belajar 3 ini. Kerjakanlah soal-soal tersebut dengan sungguh-sungguh.

_______________________________________________________________________________

Ok,Baiklah, jika anda sebagai orang melayu, berbanggalah menjadi seorang melayu. Orang Melayu mempunyai agama, iaitu agama Islam, orang melayu ada budaya, orang melayu ada bahasa yang indah dan orang melayu telah mencipta kegemilangan dalam sejarah dan perniagaan. Bangunkan bangsa, dengan setiap dari kita majukan diri serta berpesan-pesan ke arah kebaikan. Jadikan diri kita cemerlang dan dipandang masyarakat dunia. Tidak mustahil melayu yang dah tak boleh cakap melayu akan pandai cakap melayu semula, manakala ‘orang putih’ nak sangat bercakap dalam bahasa melayu… :)

12.14.2009

Home Based Business @ Bisnes SOHO

soho2Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang di janjikan sebelum ini saya ingin menerangkan makna berkenaan bisnes SOHO kepada yang belum mengetahui makna SOHO dan jenis-jenis bisnes tersebut.

SOHO adalah singkatan dari perkataan Small Office Home Office. Ada orang kata bisnes kecil itu adalah bisnes SOHO. Tidak! Pada saya bisnes SOHO itu adalah bisnes yang kecil dan boleh menjadi besar atau untung besar dari saiz bisnes itu sendiri. Bisnes SOHO adalah di lakukan dari keselesaan rumah anda! Ada orang kata bisnes SOHO itu adalah bisnes Internet. Ya, betul.. Tapi Internet adalah sebahagian kecil dari bisnes SOHO.

Selalunya orang menganggap bisnes SOHO itu hanya bisnes Internet dan Mail Order Konvensional. Tetapi bisnes SOHO juga meliputi sebahagian bisnes tradisional(konvensional) yang lain. Apakah jenis-jenis bisnes SOHO itu? Selain dari Internet dan Mail Order Konvensional, antara sebahagian bisnes SOHO yang lain adalah Penulis, Penyunting gambar/video, Pelukis, Penterjemah, Penjahit Pakaian dan banyak lagi.

SOHOYang penting mereka ini melakukan kerja mereka di rumah ataupun pejabat yang kecil dengan kadar sewaan yang rendah. Bisnes ini terbukti sangat menjimatkan dari segi kos tapi mampu menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan walaupun hanya dilakukan sebagai kerja sampingan sahaja jika ianya di buat dengan teknik yang betul dan tekun. Contoh Jutawan SOHO adalah seperti Jutawan Internet tersohor iaitu Dr. Irfan Khairi yang juga salah seorang mentor saya..

Jadi, anda bagaimana?

P/S: Jika anda inginkan idea-idea tersebut, anda bolehlah ke laman web saya dengan sedikit bayaran sahaja untuk mendapatkan E-book saya atau mendapatkan khidmat Bimbingan Peribadi atau Seminar di http://www.h2jbiz.com dan e-book bisnes di http://www.glowglokal.biz