![]() |
|
Maaf, ruangan ini sedang di dalam proses penyesuaian dengan topik baru. Ia belum di kemas kini sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ada di antara soalan dan jawaban yang masih boleh di baca sebagai pengetahuan semata-mata. SOALAN LAZIM Apa yang dimaksudkan bisnes SOHO? Asal makna SOHO adalah dari bahasa Inggeris yang bermaksud Small Office Home Office. Apa juga bisnes atau kerja sampingan yang menghasilkan duit dari rumah dipanggil SOHO. Apa yang akan diterangkan di seminar ini nanti? Segalanya dari bagaimana anda ingin bermula hingga tercapai matlamat dari berapa modal yang diperlukan. Pendek kata dari A hingga Z Adakah bisnes ini memerlukan modal yang besar? hampir kesemua bisnes SOHO tidak memerlukan modal yang besar, melainkan anda ingin besarkan lagi perniagaan anda. Ada juga bisnes SOHO tanpa perlu 'modal' langsung! Ini akan diterangkan nanti kaedah yang diguna pakai semasa di seminar ini nanti. Saya cuma nak pastikan bisnes saya berjaya dan kurang risiko. Adakah bisnes SOHO ini selamat? Ya, kami akan terangkan kaedah untuk anda bagaimana anda mampu menjalankan bisnes ini dengan selamat. Adakah Seminar dan Personal Coaching Bisnes SOHO itu mempunyai pengisian yang sama? Tidak. Maksud dan tujuan adalah sama tetapi suasana dan cara berbeza. Adakah ia benar-benar membantu? Ya. Yang pasti anda menggunakan teknik yang betul Adakah anda pernah menjalankan sendiri bisnes ini dan adakah anda berjaya menghasilkan pendapatan? Ya. Saya telah menjalankan dengan kaedah-kaedah dan jenis yang berbeza-beza dan kesemuanya itu memang berhasil menjana pendapatan. Seminar dan Personal Coaching ini selalu di adakan di mana? Tidak di tetapkan hanya pada satu tempat sahaja. Biasanya untuk seminar yang kami adakan sebulan sekali dan kebiasaannya akan diadakan di Johor. Lokasi kedua pula biasanya di kawasan Kuala Lumpur. Untuk Personal Coaching pula adalah melalui Internet atau yang berlokasi mengikut persetujuan bersama. Adakah harga yang di letakkan ini sangat berbaloi untuk kami? Sangat-sangat berbaloi untuk nilai anda. Kalau boleh kami ingin jadikan ia lebih ekonomi untuk anda tetapi perlu melihat kos sewaan tempat seminar serta kos-kos lain. Jika akan datang kami buat di hotel 5 bintang pasti harganya akan melonjak berkali ganda. :) Saya sebenarnya tidak terfikir untuk membuat bisnes sebab modalnya besar. Sebenarnya ia bergantung kepada bisnes, idea dan saiz bisnes yang anda ingin bina. Ada bisnes tidak memerlukan modal besar dan ada juga bisnes tanpa perlu modal langsung! Tetapi hampir kebanyakkan bisnes SOHO tidak memerlukan modal besar. Saya belum lagi terfikir untuk buat bisnes. Buat apa untuk fikirkannya kerana saya sudah cukup selesa dengan keadaan sekarang. Sekiranya anda belum terfikir untuk buat bisnes, fikirkanlah masa depan anda yang belum tahu lagi kesudahannya. Kita perlu bersedia dari segi kewangan untuk terus hidup di dunia ini. Jika anda sayang akan pekerjaan sekarang tiada masalah, tetapi sekurang-kurangnya buatlah bisnes sampingan untuk masa yang tidak terduga nanti. Kita sudah pun menempuhinya dalam kes-kes yang sebelum ini. Bagaimana hendak menyertai bengkel ini? Anda boleh sahaja ke laman utama. Di situ ada link untuk ke ruangan pembayaran. Atau anda boleh sahaja menghubungi kami di talian 019-7690809 Bagaimana ingin saya tahu berkenaan seminar-seminar yang akan datang? Anda boleh bertanya kami pada nombor pilihan ini iaitu 019-7690809 Jika saya sertai program anda, adakah saya akan mendapat sesuatu yang percuma? Ya ada. Selain yang saya telah nyatakan, anda juga akan menerima hadiah-hadiah misteri dan yang tidak pernah saya beritahu sebelum ini kerana itu hak saya untuk peserta saya. Saya suka dan ingin memberi sesuatu kejutan dan yang paling penting saya ikhlas untuk memberikannya. Sebab itu saya tidak mahu orang lain berharapkannya. Yang penting anda berpuashati itu tujuan utama saya. Adakah bisnes SOHO ini merangkumi bisnes MLM (Multy Level Marketing), Reseller Programme atau Skim Cepat Kaya? Ya, yang di atas adalah sebahagian dari SOHO tetapi kami menjauhkan diri dari memberi penerangan ini dan bisnes SOHO kami bukan mengajak anda membuta program sedemikian. Soalan dan Jawapan untuk Bengkel/Kursus Berhijrah Dari Makan Gaji Adakah wokshop (Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji)ini akan diadakan bermusim? Buat masa ini bengkel ini akan diadakan berkala, tidak semestinya sebulan sekali. Adakah wokshop ini akan di adakan di Johor sahaja? Pihak kami cuma menguruskan dan menganjurkannya sahaja di Johor. Di luar daripada Johor adalah terpulang kepada Tuan Shamsuddin Abdul Kadir. Adakah bayaran yang pihak anda buat itu mahal dan berbaloi untuk kami? Pihak kami telah membuat kajian akan penetapan kos yang di buat. Ia sangat ekonomi dengan nilai ilmu yang anda akan perolehi bahkan pihak kami di Daya Glokal akan memberikan tawaran dan hadiah percuma lagi kepada anda. Suatu nilai yang tidak terfikir untuk apa yang anda akan dapat! Apakah yang kami dapat jika kami menghadiri wokshop ini? Anda akan mengetahui pelbagai kaedah untuk memulakan pendapatan dari modal hanya RM100 sahaja! Malah jangan terkejut jika anda boleh memulakan bisnes dari RM0... Ada caranya. Jika nak tahu, anda boleh tanya saya (Hairizal Hamidon) nanti. Adakah ini program MLM atau program reseller? Tidak sama sekali. Apakah dengan menghadiri wokshop ini kami akan boleh berhijrah dari makan gaji? Ya, segala keterangan akan di sampaikan dengan sebaik mungkin dan persoalan yang anda usulkan dan anda boleh kemukakan soalan akan di jawab di sana. Hanya memerlukan tindakan anda sahaja. Apakah wokshop ini sangat praktikal? Apa sahaja ilmu perlukan tindakan anda, barulah ia praktikal Bolehkah kami percaya akan keberkesanan wokshop ini? Ya, masakan tidak usahawan konvensional dan otai-otai IM boleh menghadirinya dahulu? Bagaimana untuk meyakinkan kami pihak Daya Glokal yang menguruskan wokshop ini boleh dipercayai? Kami tidak lari ke mana pun... Segala keterangan, bukti, alamat dan lain-lain ada saya letakkan di sini. Adakah wokshop atau seminar lain yang pihak Daya Glokal akan anjurkan? Ya, itulah matlamat kami. Kami akan menganjurkan dan menguruskan sebarang seminar selepas ini dan buat masa ini adalah di sekitar Johor sahaja. Adakah wokshop atau seminar lain yang pihak Daya Glokal sendiri yang akan kendalikan? Ya, sedikit masa lagi untuk menyiapkannya. Tungguuuu... :) Boleh kami tahu seminar berkenaan apa? Buat masa ini tajuk yang sesuai belum di putuskan, tapi kami akan memberikan ilmu untuk anda yang ingin tahu RAHSIA berkenaan mencari pendapatan melalui diri anda sendiri. |
![]() |